Saturday, February 5, 2011

Penat

Bila setiap tingkah laku jadi perhatian. Bila setiap kata-kata dibantah. Bila setiap kemahuan terhalang. Bila keikhlasan jadi persoalan. Aku jadi penat. Penat. Penat. Sampai bila?

Hati yang lain mesti dijaga. Tapi pernah dia kisah dengan perasaan ini? Semuanya mesti dituruti. Sebab dia adalah dia. Dia punya kuasa. Kalau diingkari aku berdosa. Walau apa pun sebabnya. Adil ke? 

Rimas terkurung dalam penjara. Keluar masuk ikut rutin biasa. Lain dari itu. Panas telinga habuannya. Aku bukan anjing yang diikat leher, yang hanya mengikut langkah tuannya. Tak bebas. Hidup untuk lindungi orang. Tak punya kehidupan sendiri.

Aku bukan anak kecil. Yang suka duduk bawah ketiak ibubapa. Hari-hari minta disuap. Main lego dan barbie dalam rumah. Khayal dalam dunia sendiri. Aku ingin belajar berdikari. Hidup atas kaki sendiri. Kalau tak mampu nak tolong orang pun, sekurang-kurangnya tak susahkan orang. 

Tapi, baru nak hidup. Ada tangan yang menadah. Kalau dibiarkan, tak kenang budi katanya. Niat dihati, nak tolong itu ini. Kemahuan itu ini. Rezeki mengalir pada keperluan. Cukup-cukup. Tapi tangan yang menadah tak mahu mengerti. Terus menghentam tak henti-henti.

Mana nak lari? Nak berjalan pun kaki terikat. Kalau lari juga dan jatuh hukum salah. Macam banduan. Sampai bila harus begini?

Sabar, sabar, sabar...semoga Allah tabahkan hati hadapi ujian ini. Jauhkan hati dari nyalaan api syaitan yang menyesatkan. 

Sebaris ayat penyejuk diri, "Allah takkan uji hambaNya kalau Dia tahu kita tak mampu hadapinya". 

Semoga esok lebih baik dari hari ini dan sebelumnya.


Tuesday, January 18, 2011

Muffin!!!

Yeayy!!! Finally jadi juga buat muffin, sebelum ni 2 kali buat tak jadi sebab tak ikut sukatan yang betul, pakai ikut suka je nak letak tepung, baking powder, etc banyak mana. Hihi. Ni dah ada penimbang baru la jadi kan...best2~!!!



ada muffin peach, ada muffin vanilla + choc rice

Monday, January 17, 2011

One Happy Family

Ingat lagi game ni? Dulu masa kecik-kecik, saya suka sangat main game ni dengan kawan-kawan, and suka bila dapat Bun family, sebab ada picture orang masak-masak and nampak menarik dari picture family lain *hihi...ini pandangan saya la*. Cara nak main game ni pun saya ingat-ingat lupa. Kalau tak silap 1st kita divide card tu sama banyak untuk setiap pemain. Then kita pass card yang kita taknak kat orang sebelah, ikut turn, dan kumpul bagi cukupkan setiap family. Once dah complete satu family tu, kita cakap 'one happy family'. Siapa dapat collect banyak family dia menang. Hee...betul ke main dia macam ni? Hihi. Setiap family mesti ada mommy, daddy, brother and sister. Combine jadi satu family.

*****************************************************************

Itu dalam game, tapi dalam real life, tak semua yang apply this concept kan? I'm from broken family, *Mr xxx and Mrs xxx separate into two*, it's impossible to combine both again. Tapi nak buat macam mana, tu takdir, takdir yang menguji diri dan kesabaran, yang menjadikan saya lebih matang dan belajar menghargai dengan apa yang saya ada. Anda yang masih ada complete or perfect family macam mana? 

Saya sedih bila tengok ada yang memulaukan ahli keluarga, yang kononnya dah buat kesilapan yang besar. Sampai tak boleh nak maafkan, nak tengok muka pun dah meluat katanya. Tapi sampai bila? Darah yang mengalir tu masih sama walau apa pun yang terjadi. Siapa kita nak hukum kesalahan orang?

*teringat kata-kata seorang pensyarah saya, bila kita bencikan seseorang, maafkan kesalahan dia dan doakan yang terbaik untuk dia, insyaAllah hidup kita lebih diberkati, jangan simpan dendam, nanti hati ini yang sakit* Kata-kata ni jadikan saya berfikir lebih positive. Harap benda ni kekal dalam hati saya.

Ok, back to our topic, kalau ada antara ahli keluarga kita yang dah melakukan kesilapan, dan mungkin menconteng arang di muka, Cuci je la muka tu tak payah nak bising-bising. maafkan lah dia, bimbing dia ke jalan yang betul. Kenapa nak asik marah-marah je? Setiap orang tak lari dari melalukan kesilapan. Bezanya besar atau kecil dan bagaimana kita atasinya. Kalau kita sebagai family dia tak support dia, siapa lagi? Kita marah dia bergaul dengan orang tak tentu hala, tapi kita sendiri pulaukan dia. Habis tu kat siapa dia nak mengadu? Kalau ada 'card-card' dalam family anda yang tak complete, cari lah sampai dapat selagi 'card' tu wujud.

Saturday, January 15, 2011

Idaman ku selalu

Last friday, masa dah sampai area Dewan Bahasa, nampak dua buah kereta putih sama jenis jalan dekat2, depan belakang. Tapi macam familiar je kan tengok dua kereta tu. Oh that's my dream car! Suka sangat tengok kereta ni, dulu suka kereta lain, after tengok kereta ni dekat Mid Valley, terus suka pulak. Dah rasa macam nak beli dah, memang mampu sangat...mampu tengok jee....!!! hahaha
Sekarang kat belakang

Now kat depan pulak!
Hehe..dapat agak kereta apa?


Haa...mana telinga kucing ni? Hihi...telinga dia ada tapi terlipat. Bukan saja-saja lipat ok! Dah memang spesis dia macam tu. Sebab tu kucing breed macam ni kita panggil scottish fold! Cute sangat and unik! Biasanya breed macam ni susah nak jumpa kat Malaysia, kalau ada pun kat petshop orang jual RM1000++. Ada duit? So boleh pergi beli. Hihi. Kucing ni banyak kat Russia. Kalau nak juga free, boleh kutip kucing tepi jalan and sepit telinga dia guna sepit baju.


Ni tak perlu explain semua orang tahu kan? Saya nak yang ni! Tapi tak apa, boleh tunggu lagi, sebab saya harap akan keluar yang dah upgrade punya so quality much better than previous one. Hehe.

Sunday, January 2, 2011

Cinta Si Pemburu Hantu dan Permaisuri Aishah

new version of fairy tale story kot? hehe

Dear uncleseekers,

Niat tak menghalalkan cara.



Sekian terima kasih.

Saturday, January 1, 2011

あけましておめでとうございます。

Happy New Year.

Selamat tinggal 2010. Selamat datang 2011.
Pantas betul masa berlalu. Setahun rasa macam sehari je. Tapi dalam rasa 'macam sehari' ini, banyak benda baik dan buruk berlaku dalam perjalanan hidup ini. Jom kita imbas kembali apa dah berlaku dalam tahun 2010.

Yang baik:

1. Dapat fetch my mokmok kat KLIA for the second time. And spend time with him about two months in year 2010.
2. Duduk seorang kat bilik kolej, tak perlu share. *Bilik itu aku yang punya!* Hahaha *gelak jahat* Siap jadi 'wad bersalin' untuk kucing lagi. Huhu
3. Pencapaian akademik.
4. Practical training at well establish company. Alhamdulillah ada rezeki dekat situ, MISC Berhad. Banyak sangat yang dapat belajar kat sana. Kenal bosses yang sangat supportive, friendly dan humble. Tambah lagi kawan-kawan yang best. I love you guys, Sunrise team!
5. Have a nice picnic at Sungai Congkak with Sunrise team.
6. Dapat merasa sewa rumah sendiri kat Pandan Indah. Hee..ingat senang ke my mum nak lepaskan? Hahahah
7. Habis sudah 3 tahun my degree. Alhamdulillah.
8. Dapat advisor gatal. It was fun yet SCARY sangat. Weks!
9. Belajar recipe baru. Hihi.
10. Segala urusan tukar nama kereta dah selesai. So the car is officially mine. Yeay!! *alhamdulillah*
11. Got my first job.
12. First time dapat X'mas gift from my employer. Eh?

Yang buruk:

Eh ada ke? Tak ada masa nak ingat. Kita ingat yang manis-manis saja ok?