Bila setiap tingkah laku jadi perhatian. Bila setiap kata-kata dibantah. Bila setiap kemahuan terhalang. Bila keikhlasan jadi persoalan. Aku jadi penat. Penat. Penat. Sampai bila?
Hati yang lain mesti dijaga. Tapi pernah dia kisah dengan perasaan ini? Semuanya mesti dituruti. Sebab dia adalah dia. Dia punya kuasa. Kalau diingkari aku berdosa. Walau apa pun sebabnya. Adil ke?
Rimas terkurung dalam penjara. Keluar masuk ikut rutin biasa. Lain dari itu. Panas telinga habuannya. Aku bukan anjing yang diikat leher, yang hanya mengikut langkah tuannya. Tak bebas. Hidup untuk lindungi orang. Tak punya kehidupan sendiri.
Aku bukan anak kecil. Yang suka duduk bawah ketiak ibubapa. Hari-hari minta disuap. Main lego dan barbie dalam rumah. Khayal dalam dunia sendiri. Aku ingin belajar berdikari. Hidup atas kaki sendiri. Kalau tak mampu nak tolong orang pun, sekurang-kurangnya tak susahkan orang.
Tapi, baru nak hidup. Ada tangan yang menadah. Kalau dibiarkan, tak kenang budi katanya. Niat dihati, nak tolong itu ini. Kemahuan itu ini. Rezeki mengalir pada keperluan. Cukup-cukup. Tapi tangan yang menadah tak mahu mengerti. Terus menghentam tak henti-henti.
Mana nak lari? Nak berjalan pun kaki terikat. Kalau lari juga dan jatuh hukum salah. Macam banduan. Sampai bila harus begini?
Sabar, sabar, sabar...semoga Allah tabahkan hati hadapi ujian ini. Jauhkan hati dari nyalaan api syaitan yang menyesatkan.
Sebaris ayat penyejuk diri, "Allah takkan uji hambaNya kalau Dia tahu kita tak mampu hadapinya".
Semoga esok lebih baik dari hari ini dan sebelumnya.